Apa nak jadi............
Tak senang hati.......
Setiap hari..............
Tak henti-henti.......
Dendam dan dengki......
Sampai ke mati...........
Tak puas lagi........
Lubang kubur digali....
Apa nak jadiiiiii........
Aku pun tak reti…….
Biar semua mati……
Baru puas hatiiiii………
Kini Malaysia berada keadaan yang amat kritikal. Jika anda seorang biasa yang pergi balik kerja tanpa mengambil kira perkembangan politik kontemporari tanah air, tak ambil tahu apa Pah Lh buat, apa Anwar cakap, apa Mahathir kata, apa Ku Li bisik, anda mungkin tidak merasakannya. Tapi jika anda mengambil berat terhadap landskrap politik, anda mungkin merasakan betapa teruknya keadaan.
Pandangan dunia pada Malaysia berapa pada paras yang terendah di mata dunia. Apa taknya. Apa yang terjadi dan akan jadi amat giler sekali. Di luar batasan manusia yang waras. Di luar batasan manusia yang berpegang pada ajaran Agama. Makin hari makin teruk. Inilah gejala-gejala yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita. Hai, apa nak jadi dengan Malaysia dah? Cuba bayangkan.............
1. Zaman tuduh menuduh. Anwar tuduh Najib. Najib sangkal dan tuduh Anwar balik. Saiful tuduh Anwar main belakangnya, Anwar sangkal. anwar pulak tuduh Saiful alat Najib. Mahathir tuduh Pak Lah, Pak Lah sangkal. Hishamuddin dan KJ tuduh Mukhriz. Mukhriz menyangkal. Yang dituduh tak semestinya bersalah. Yang menuduh tak semestinya betul. Tuduh menuduh dan sangkal-menyangkal ni kedengaran setiap hari, bukan sahaja di Parlimen, malah di kedai kopi dan mamak juga. Semua orang tuduh menuduh. Hasrat dengki dan dendam bermaharajalela di hati. Inilah Malaysiaku yang dicinta. Apa nak jadi ……..?
2. Selepas tuduh-menuduh, buat akuan bersumpah untuk menegakkan kebenaran. Yang peliknya akuan bersumpah ni bukan semestinya benar. Ada akuan bersumpah yang tidak benar. Yang peliknya ada orang yang sama buat akuan bersumpah yang bercanggahan. Kalau tidak, masakan si Bala itu boleh buat sampai dua kali - yang kedua itu kata yang pertama itu tidak benar. Hey dey, apa ni? Mula-mula RPK. Kemudian si P. Balasubramaniam. Selepas itu siapa pula agaknya? Anwar ke? Najib ke? Pak Lah ke? Dr M ke? Sesiapa pun boleh berbuat akuan bersumpah. Cuma bayar RM4. Akuan bersumpah dijadikan mainan. Boleh main-main sumpah. Akuan bersumpah demi akuan bersumpah. Apa nak jadi.........?
3. Tuduh-menuduh itu diikuti rapat oleh saman-menyaman. Anwar saman Saiful. Saiful saman balik Anwar. KJ saman RPK. Lt Kolonel yang dua orang tu pulak saman RPK. Rosmah tak mahu saman RPK ke? Samanlah. Banyak lagi kes saman-menyaman ni. Mahlamah jadi sangat sibuk. Sebab itu la terjadi banyak kes-kes tergendala. Apa nak jadi dah………?
4. Sabotaj-mensabotaj berleluasa. Kalau tak, masakan BN terus berbuat apa saja untuk mempastikan Kerajaan Pakatan gagal di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Ada ada saja yang tak kena dengan Pakatan. Kawan kita ni baru 100 hari+ memerintah. Apa yang boleh dibuat? Yang BN memerintah selama 50 tahun tu apa yang ada? Yang lebih teruk ialah mereka yang pernah memegang tampuk kuasa tetapi telah kehilangan kuasa. Tak puas hati betul mereka ini. Tengok apa yang dah jadi dengan si Khir Toyo. Tengok betapa busuknya hati dia. Semasa dia berkuasa, bukan main aksyen lagi. Semuanya betul. Tak ada yang salah. Tengok sekarang. Dia menjadi lebih teruk daripada pembangkang dahulu. Apa saya yang si Khalid tu buat tak ada yang betul. Kemudian si Tajol pulak. Bukan main tak puas hati lagi. Inilah yang dikatakan
“you reap what you sow. Atau
“you get back what you give”. Sampai bila ni wahai si Khir dan si Tajol? Cukup la tu. Cukup la. Engkau dah ada peluang tapi buat tahi. Sedarlah sikit. Yang ada untuk diwarisi oleh anak-anak kita ialah keadaan yang semakin kacau bilau. Apa nak jadi …….?
4. Rasuah berleluasa. Kalau dulu kita selalu kata di Thailand dan Indonesia, semua orang di semua peringkat perlu diberikan sesuatu untuk membuat sesuatu. Cuba lihat di Malaysia sekarang. Sama juga dengan Thailand dan Indonesia dulu, mungkin lebih teruk lagi. Malas nak tulis banyak-banyak la. Sakitkan hati je. Apa nak jadi …….?
5. Salahguna kuasa. Jenis rasuah juga ni. Pepatah Ingerís,
power corrupts, and absolute power corrupts absolutely amat tepat sekali di Malaysia. Apa taknya. Siapa yang paling berkuasa, dialah yang paling kuat rasuah. Salah guna kuasa berleluasa. Di kementerian dan jabatan kerajaan semuanya - dari pegawai serendah-rendahnya hinggalah setinggi-tingginya. Siapa yang tak korup. Dalam jentera pentadbiran kita. Tak kiralah dia dari parti mana. Semua sekali. Dari peon atau ofis boy ke ketua pegawai eksekutif. Macam-macam jenis kejadian, dari pertukaran guru yang tidak sama haluan politik hinggalah kepenggunaan ISA untuk menghalang seseorang. Apa nak jadi …….?
6. Satu gejala yang ketara sekarang ini ialah gejala tunjuk perasaan. Sikit-sikit tunjuk perasaan. Sikit-sikit KJ and konco-konconya tunjuk perasaan. Hoi, tak ada kerja lain ke? Tunjuk perasaan ialah satu gejala yang tidak sihat. Kalau tak suka, tunjuk perasaan. Tunjuk perasaan merupakan satu kerja membantah. Kita patut hentikan gejala ini, tapi kerajaan kita sokong pula. Tapi kalau kita tunjuk perasaan kepada orang lain, ianya OK. Tapi kalau orang lain tunjuk perasaan kepada kita, kita tangkap mereka, guna ISA sumbat mereka di penjara. Terpekik terlolong di tengah-tengah jalan, di depan pagar orang, di depan bangunan amat memalukan. Jadi gentleman la sikit. Guna saluran tertentu. Kalau tak suka, hantar rombongan pergi jumpa orang yang kita nak tunjuk perasaan itu. Kalau tak suka pada AS, panggil dutanya dan taruk dia kuat-kuat. Ini tak. Terpekik terlolong macam disampuk polong. Apa nak jadi ……?
7. Sekarang ini tiada seorang pun di kalangan politikus-politikus di Malaysia yang boleh dipercayai. Mereka ini tiada harga diri dan tiada pegangan. Sesiapa yang sangup bayar lebih atau bagi kedudukan yang lebih selesa, terus dipercayai. Sanggup dibeli dan membeli. Apa taknya? Semuanya lidah bercabang. Tengok Ahmad Sabree dan Ezam Mohd Nor. Dulu bukan main lagi bodek Anwar hingga sanggup bawa beg Anwar ke hulu hilir. Mungkin sanggup juga jilat punggung Anwar. Tapi tengok sekarang ini. Itu contoh saja. Ramai lagi yang macam itu. Hari ini cakap ini. Besok cakap itu pula. Hai, apa nak jadi .....?
8. Jangan terkejut. Sekarang ini sesiapa saja boleh jadi seorang selebriti (dan mungkin kaya raya) dalam sekelip mata, tanpa perlu buat persediaan. Tidak kira anda seorang pelajar universiti, seorang polis, seorang guru, seorang pegawai kerajaan, seorang politikus kecilan maupun seorang rakyat biasa. Apa taknya. Entah berapa si Saiful dapat, tiada siapa yang tahu. Entah berapa disogokkan kepada si Bala sehingga sanggup membuat akuan bersumpah baru untuk menyangkal akuan bersumpahnya yang terdahulu. Entah berapa Razak Baginda dapat untuk dijadikan pak sanggup. Entah berapa Loh Gou Boune dapat untuk mendedahkan VK Lingam dan para hakim di bawah kawalannya. Anda jangan terkejut jika seseorang yang berkuasa mendatangi anda dan menawarkan beberapa juta ringgit untuk mendedahkan seseorang yang hendak dijatuhkannya. Apa nak jadi .......?
9. Tak lama lagi, Malaysia akan bertukar wajah kepada sebuah negara militan, yang tidak selamat tertutamanya kepada ahli-ahli politik. Kita mungkin akan tengok ketua-ketua parti politik di bunuh di sana sini. Sama seperti yang berlaku di Pakistan, Bangladesh, Zimbaqwe dan banyak lagi negara yang politiknya tidak stabil. Apa taknya. Bila dah masing-masing taksub dengan pegangan poilitik masing-masing. Bila dah gila kuasa yang amat sangat. Bila hasrat dendam, dengki, tak puas hati bermaharajalela di hati. Bila tuduh-menuduh, saman-menyaman, rasuah berleluasa. Ini tak mustahil. Anwar pun telah diancam (biar betul). Apa nak jadi dah......?
10. Memang nasib kita dapat Pak Lah sebagai PM. Seorang PM yang asyik-asyik tidur saja, tak kira di mana. Seorang PM yang flip-flop, yang hari ini cakap ini tapi besok cakap itu. Seorang PM yang tiada pendirian diri langsung – semuanya bergantung kepada orang lain. Seorang PM yang tidak pengetahuan langsung kerana tidak minat membaca. Seorang PM yang tidak tahu menahu apa yang berlaku di sekitar dan di sekelilingnya. Seorang PM yang tidak gentleman, yang tidak tahu menilai keadaan – sehinggakan kalah teruk pun tak mahu berhenti. Nak kata cerdik, jauh lebih bodoh daripada Tun Razak dan Tun Hussein. Nak kata bodoh, jauh lebih pandai daripada Dr M. Tapi itu bukan menandakan Dr M bodoh, cuma dia diperbodoh-bodohkan oleh Pak Lah. Walaupun nampak lemah-lembut, latarbelakangkan agama, rendahkan diri tapi Dr M tak sangka yang
air tenang itu tiada buaya. Sebijak-bijak Dr M, tertipu juga dia oleh PM tidur tu. Hai, Dr M, apa nak jadi dah……?
Apa nak jadi dah.............?
bersambung