Thursday, February 19, 2009

Bila Lord Siva naik minyak


Inilah politik giler yang akan menghancurkan Perak
dan merugikan rakyatnya.


Inilah jadahnya bila Lord Siva naik minyak. Macam-macam boleh dilakukannya. Buang, terajang, sepak, sekat, tahan serta gantung orang. Sampai MB yang baru dilantik Sultan pun tidak dilepaskannya. Digantungnya selama 18 bulan. Dan enam orang EXCOnya masing-masing digantungnya 12 bulan.

Tentu Lord Siva telah mengkaji baik buruknya tindakan beliau dan sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada barisan peguam-peguam Pakatan Rakyat yang handal-handal belaka. Tapi agaknya beliau lupa yang beliau sedang berhadapan dengan BN yang diterajui oleh Umno, segala jentera kerajaan, pasukan keselamatan, pasukan polis, kehakiman serta media massa. Kalaupun engkau betul, engkau tidak akan menang berlawan dengan dia orang. Faham??? Susah sangat ke nak faham???

Tindakan Lord Siva ini tentunya sebahagian daripada politik giler di Perak yang nampaknya tiada kesudahan. Politik lompat-melompat. Politik tuduh-menuduh. Politik report-mereport. Politik dakwa-mendakwa. Politik dendam-mendendam. Politik tikam-menikam. Politik balas-membalas. Politik tak sudah-sudah. Macam-macam lagi jenis politik kotor timbul di Perak.

Nampanya kemelut di Perak akan berterusan. Sama-samalah kita tunggu dan lihat apa Sultan Perak dan Pak Lah akan lakukan. Tapi Pak Lah dah awal-awal lagi suruh MBnya yang baru, Zambry Abd Kadir untuk membuat laporan polis. Entah apa Sultan akan buat?

Apa pun, yang pasti ialah:
  1. Perak tidak akan menikmati kestabilan politik selagi tiada pihak yang mendapat majoriti mutlak.
  2. Dengan ketiadaan kestabilan politik, rakyat jelata yang akan rugi kerana pilihanraya pasti akan menelan belanja yang tinggi.
  3. Pihak Polis akan menjadi tersangat sibuk - siasat sana, siasat sini hingga tiada masa untuk menyiasat kes-kes lain yang lebih berat.
  4. BN dan PR sama saja. Lima kali dua, dua kali lima.
  5. Rakyat jelata, rasanya sudah naik jelak dengan semua permainan politik ini.

Lantak engkau lah Lord Siva. Cakap pun engkau tak nak dengar. Engkau berkuasa tapi jaga-jaga dengan penangan dia orang yang sangat berbisa itu. Jangan-jangan engkau tergolek dog nanti.

3 comments:

Anonymous said...

Wah....kah....kah....kah....

Nampaknya kemelut di Perak akan berpanjangan.

Dalam pertarungan itu, BN dan PR namaknya sama-sama teror. Bukan-bukan, PR teror tapi BN lagi teror, iaitu apa yang dipanggil terrorist. Apa taknya. Tengok si Najis tu, sampai Sultan pun dipengaruhinya.

Apa yang Lord Siva lakukan ialah memulang paku buah keras pada BN.

Tapi yang sedihnya ialah Pak Lah kita. Adakah seorang PERDANA MENTERI menyuruh seorang Menteri Besar membuat aduan polis terhadap Siva. Habis polis nak buat apa dengan Siva. Siva bukannya lakukan sebarang jenayah. Kalau tak puas hati, pergilah ke mahkamah. Kan mahkamah dpenuhi dengan ramai macai-macai BN. Takkan itu pun si PERDANA MENTERI tak tahu kot.

Lebih menyedihkan lagi PERDANA MENTERI menyuruh Dr Zambry mengabaikan penggantungannya dan terus masuk dewan.

Bermakna si PERDANA MENTERI mengajar rakyat melawan undang-undang dan peraturan. Eh, mana ada PERDANA MENTERI macam tu dalam dunia. ka...ka...ka...ka...

Tapi kalau Al Sultan mahu meleraikan kekeliruan dan kemelut di Perak, baginda boleh lakukannya, iaitu emmbubarkan dewan dan minta mandat baru daripada rakyat. Namun apa boleh buat, baginda pun trhutang budi dengan BN.

Anonymous said...

This is the worrying trend in Malaysian politics.

It seems that both BN and PR are too engrossed in the "politics of running down each other" that they have forgotten to manage the country.

They should be complimenting each other in managing the country / states, especially so when the country is on the verge of experiencing a serious economic downturn. But they are at each other's throats every day.

Too much politicking in Malaysian political scene.

Shame on you Malaysians.

Anonymous said...

Depa ni tak dak kerja nak buat ke?

Asyik-asyik nak kerjakan parti lain. Sampai bila nak maju kalau asyik-asyik bergaduh je.

Ekonomi tak ada yang jaga. Cuma nak jatuhkan lawan masing-masing.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin