Inilah politik giler yang akan menghancurkan Perakdan merugikan rakyatnya.
Inilah jadahnya bila Lord Siva naik minyak. Macam-macam boleh dilakukannya. Buang, terajang, sepak, sekat, tahan serta gantung orang. Sampai MB yang baru dilantik Sultan pun tidak dilepaskannya. Digantungnya selama 18 bulan. Dan enam orang EXCOnya masing-masing digantungnya 12 bulan.
Tentu Lord Siva telah mengkaji baik buruknya tindakan beliau dan sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada barisan peguam-peguam Pakatan Rakyat yang handal-handal belaka. Tapi agaknya beliau lupa yang beliau sedang berhadapan dengan BN yang diterajui oleh Umno, segala jentera kerajaan, pasukan keselamatan, pasukan polis, kehakiman serta media massa. Kalaupun engkau betul, engkau tidak akan menang berlawan dengan dia orang. Faham??? Susah sangat ke nak faham???
Tindakan Lord Siva ini tentunya sebahagian daripada politik giler di Perak yang nampaknya tiada kesudahan. Politik lompat-melompat. Politik tuduh-menuduh. Politik report-mereport. Politik dakwa-mendakwa. Politik dendam-mendendam. Politik tikam-menikam. Politik balas-membalas. Politik tak sudah-sudah. Macam-macam lagi jenis politik kotor timbul di Perak.
Nampanya kemelut di Perak akan berterusan. Sama-samalah kita tunggu dan lihat apa Sultan Perak dan Pak Lah akan lakukan. Tapi Pak Lah dah awal-awal lagi suruh MBnya yang baru, Zambry Abd Kadir untuk membuat laporan polis. Entah apa Sultan akan buat?
Apa pun, yang pasti ialah:

- Perak tidak akan menikmati kestabilan politik selagi tiada pihak yang mendapat majoriti mutlak.
- Dengan ketiadaan kestabilan politik, rakyat jelata yang akan rugi kerana pilihanraya pasti akan menelan belanja yang tinggi.
- Pihak Polis akan menjadi tersangat sibuk - siasat sana, siasat sini hingga tiada masa untuk menyiasat kes-kes lain yang lebih berat.
- BN dan PR sama saja. Lima kali dua, dua kali lima.
- Rakyat jelata, rasanya sudah naik jelak dengan semua permainan politik ini.
Lantak engkau lah Lord Siva. Cakap pun engkau tak nak dengar. Engkau berkuasa tapi jaga-jaga dengan penangan dia orang yang sangat berbisa itu. Jangan-jangan engkau tergolek dog nanti.