Ampun Tuanku
Beribu-ribu ampun
Sebagai seorang rakyat yang cintakan keamanan, patik yang hina ini ingin merayu kepada Ke Bawah Duli Tuanku menggunakan kebijaksanaan Tuanku untuk membubarkan Dewan Undangan Negri Perak.
Keadaan di Perak sekarang amat genting sekali. Keadaan kucar kacir jadinya. Rakyat kecelaruan, ibarat anak-anak ayam kehilangan ibu. Tidak tahu siapa yang memerintah dan siapa yang berkuasa. Jentera kerajaan terhenti.
Kedua-dua pihak masing-masing tidak mahu mengalah. Kedua-duanya mengaku sebagai kerajaan yang sah.
Keadaan ini tidak baik untuk rakyat Perak khususnya. Keadaan ini amat memalukan, seolah-olah kita ini tidak bertamaddun langsung.
Patih yang hina ini, menyusun jari sepuluh memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, sebagai Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan, untuk membubarkan saja Dewan Undangan Negeri Perak agar satu keputusan mutlak diperolehi, agar dapat memulihkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan sah yang dipilih mereka.
Ampun Tuanku. Besarlah harapan patih agar Ke Bawah Duli Tuanku perkenankan permintaan patih yang hina ini.
Ampun Tuanku.

1 comment:
Tapi Tuanku Sultan tak berani bertindak tanpa perkenan Umno. Camno?
Tuanku Sultan pun kena jaga periok nasi baginda
Post a Comment