UMNO kecut hadapi PR di Perak. Itulah tanggapan ramai, termasuklah seorang politikus Umno Perak. Katanya sentimen anti-Umno begitu memuncak. Rata-rata rakyat telah naik muak dan jelak dengan tingkahlaku Umno yang dikatakan tidak memberi ruang langsung kepada kerajaan PR untuk memerintah.
Dari dulu lagi apabila kerajaan campuran PAS-DAP-PKR ditubuhkan, tidak habis-habis Umno menggunakan taktik kotor - taktik "cah keting" untuk memporakporandakan kerajaan PR.
Bermula dengan acara lompat pagar yang melibatkan beberapa ekor katak peliharaan, ramai yang berpendapat BN/Umno tidak akan dapat menandingi PR secara gentleman. Sebab itulah Umno terpaksa menghadapi PR dengan taktik-taktik kotornya.
Umno dikatakan macam gila talak. Umno dikatanya tidak rela Perak dicina butakan oleh PR, biar pun untuk sepenggal. Segala tindakan kerajaan campuran PAS-DAP-PKR akan disabotaj.
Katanya selepas pilihanraya, rakyat berharap untuk memberi masa kepada kerajaan PR untuk memenuhi janji-janjinya dalam manifesto pilihanraya. Jika ia gagal, katanya, PR akan ditolak dalam pilihanraya yang akan datang kerana gagal mengotakan janji-janjinya.
Namun belum sempat kerajaan PR berbuat apa-apa, timbul usaha-usaha dengki Najib dan dibantu oleh Dr. Zamri untuk mensabotaj PR.
Oleh itu tidak hairanlah apabila kini saya melihat apa yang terjadi di Perak sekarang. Segala perbuatan terkutuk Umno umpama mensabotaj “cina buta” yang telah mengahwini (memerintah) Perak (bekas isteri Umno yang diceraikan dengan talak tiga) secara sah.
Sejak acara lompat berpagar untuk katak-katak peliharaan Umno di Perak, banyak sekali insiden-insiden sabotaj yang dilakukan oleh Umno di Perak yang pastinya akan memualkan lagi Umno di mata rakyat Perak.
- Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya tidak mengiktiraf keputusan Sivakumar yang mengistiharkan kekosongan 3 kerusi DUN.
- Penutupan Bangunan S/U Kerjaaan bagi menghalang Sivakumar daripada mengadakan persidangan DUN Perak.
- Tindakan Setiausaha DUN Abdullah “Luntong” Sabri yang engkar kepada arahan Sivakumar untuk menghantar notis persidangan dewan.
- Tindakan S/U Kerajaan dan Penasihat Undang-undang Negeri yang terang-terang berpihak kepada Umno.
- Tindakan Ketua Polis Negeri yang menghalang Sivakumar daripada mengadakan persidangan DUN di Bangunan Kerajaan.
- Tindakan Umno yang mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Sivakumar daripada mengadakan persidangan DUN Perak.
- Tingkahlaku Pesuruhjaya Kehakiman Ipoh yang menghalang Sivakumar diwakili oleh peguam-peguamnya.
- Tindakan polis menyoalsiasat Sivakumar dan beberapa orang wakil rakyat kerana mengadakan persidangan DUN Perak yang didakwa tidak sah.
- Tindakan MACC yang menyoalsiasat Sivakumar kerana didakwa menyalahguna kuasanya sebagai Speaker untuk mengadakan persidangan DUN Perak yang didakwa tidak sah.
Kesemua tindakan mahkamah, penyiasatan polis dan penyiasatan MACC ini tiada motif lain kecuali untuk melumpuhkan PR.
Jika inilah taktik Umno untuk terus berkuasa, maka tibalah masanya rakyat negeri Perak untuk membuat pilihan yang bijak pada pilihanraya yang akan datang. Berdosa besar sesiapa yang memilih pemerintah yang diketahui tidak jujur, tamak haloba, jahat dan berhati busuk .