Friday, December 5, 2008

Al-Quran Sumber Perundangan Utama - Lim Guan Eng

Source: Mohd Sabri Said Fri Dec 05, 08, HARAKAHDAILY.NET


GEORGETOWN, 5 Dis - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

...............Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

...............Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

...............Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan. Baca selebihnya di sini

abROcadabRO

Tepat sekali kata-kata Lim Guan Eng itu. Kalau semua berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing, alangkah amannya dunia ini - tiada pengkhianat, pembohong, iri hati, tamak haloba, dendam-mendendam, rasuah-merasuah, fitnah-menfitnah, tuduh-menuduh dan tiada segala gejala negatif yang boleh merosakkan akhlak serta hubungan sesama insan.

Masyarakat kita boleh dikatakan sebagai satu masyarakat yang warak - kuat beragama - kebanyakannya berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing dan tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau, kuil Hindu dan kuil Cina terdapat di setiap pelusuk, tetapi kenapakah di negara kita, hubungan antara kaum menjadi amat rapuh sekali, terutamanya selepas pilihanraya Mac lalu?

Kenapakah bukan Melayu asyik mempersoalkan hak-hak istimewa orang-orang Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi, walhal perkara ini telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara?

Kenapakah orang-orang Melayu asyik mempertahankan "Ketuanan Melayu" sedangkan itu merupakan konsep atau keadaan atau situasi semata-mata - tiada untung ruginya sama ada "Ketuanan Melayu" itu benar-benar dapat dicapai atau tidak?

Kenapa kekayaan negara masih lagi tidak diagih-agihkan secara rata, setelah 51 merdeka?

Kenapa DEB yang diperkenalkan untuk mengagih-agihkan kekayaan negara antara kaum masih lagi tidak mencapai matlamatnya?

Kenapa masih ramai lagi rakyat yang tergolong dalam golongan miskin, walhal kita boleh dianggap sebagai negara maju yang kaya-raya dengan sumber aslinya?

Bilakah negara kita akan melahirkan masyarakat madani yang bertamaddun, berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar'?

8 comments:

Anonymous said...

web yang membosankan. Content yang tak menarik serta layout dan interface yang suram.... macam ... aahhhh tak best laaaa

Unknown said...

Pemuda IKS,
Apakah yang di maksudkan dgn memperkasakan generasi baru?

KME said...

Pemuda IKS,

Selamat berkenalan.

Betul kata saudara.

Biar saya jawab soalan Kim Pian bagi pihak saudara. Jika tidak kena, tolong betulkan.

Dewasa ini hubungan antara kaum amat rapuh sekali, masing-masing mahu memenangkan bangsa sendiri - lantas meruntuhkan keharmonian kaum, saling tidak mempercayai, tuduh-menuduh, dendam-mendendam, hasrat iri hati dan segala apa yang negatif.

Ini semua tidak membantu dalam membangunkan negara.

Oleh itu, daripada kita bertekak leher, lebih baik kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan satu generasi baru kita - generasi Malaysia.

Generasi baru dididik dengan sopan-santun, hormat-menghormati, saling bergaul - berlandaskan Rukun Negara.

Generasi baru diperkasakan dengan segala jua kemahiran dan kebolehan yang diperlukan untuk bersaing dipersada dunia.

Anonymous said...

LIM GUAN ENG BILA NAK MASUK ISLAM? SELAGI BELUM ISLAM KATA2NYA BERKAITAN ISLAM TAK BOLEH PAKAI.

satD said...

Demo kelate mano?

Unknown said...

satD, demo tanyo sapo?

KME said...

Dear satD,

Kawe ore Kg. Salor - Pasir Mas Salor.

Demo nyo?

Kalu Kim Pian tu, kawe raso dio ore Tanoh Merah, serupa denga Redland.

satD said...

ahhh! ambo jale merbau.. kota baru..

Tok ambo orang Salor...tapi tok ingak mano

regards
satD

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin